Thursday, July 15, 2010

My friend Normah Ali wedding 29.5.2010


haaa.... ni dia namanya Normah bte Ali kawan dah kenal 3 tahun lebih. Normah ni keje satu tempat dengan aaron kat kilang infineon department yang sama. Kak Normah ni memang baik orangnya. keburukkannya? x de apa just perangai ikut kepala dia je. but tu tak menjadi masalah tuk berkawan dengan dia. Kak Normah ni memang nice orangnya. kalau minta tolong memang dia tolong.



ni kenangan majlis perkahwinan kawanku nie. kak normah i will miss u alway. mungkin ni pertemuan kita kali terakhir sebab pas kahwin akak kan ikut suami tinggalkan melaka. aaorn doakan akak bahagia sampai anak cucu. hehehe..... senang2 contact kawan ya.


nampak tak akak yang pakai cermin mata nie? ni kak azlina keje setempat dengan aaron gak. masa normah kahwin kita gi majlisnya berlainan waktu so tak tembung. pic ni aaron ambil dari profile facebook kak azlina. akak jangan marah ya. just nak share dengan kawan2ku. huhuuuu..... kak az jangan x datang lak bila aaron kahwin nanti. :-))......


nampak jejaka baru hitam ni? memperkenalkan inilah aripin driver aaron masa pergi ke majlis perkahwinan maizatul dan juga normah ali. kalaulah tak ada dia tak dapatlah aaron gi. thanks ya kawan. lain kali tolong lagi ya.

My friend Maizatul wedding 29.5.2010



pada 29.5.2010 kawan lama saya kahwin. ni kawan dah kawan lama sangat. masa dia kerja kat kilang yang sama kita memang baik sangat. macam adik beradik je. pergi mana2 pun sama. masa dia berhenti kengkawan kilang sedih sangat dengan pemergian dia sebab dia bukan berhenti rela dipaksa berhenti. berhenti 24 jam lak tu. sedih time tu. x pe tu kisah lama x nak ungkit. sekarang dah kahwin so aaron ucapkan selamat pengantin baru. sorrylah baru update blog aaron. dah 3 bulan x update blog nie.



nilah kenangan manis majlis perkahwinan kawan ku ni. terima kasih ya jemput aaron datang. ada masa kita jumpa lagi. tu tak tahu bila lak. yalah masing2 dengan keje busy katakan. apa2pun nanti contact ya.

Tuesday, April 13, 2010

Today is my birthday ( 12 april )






ai x sangka tul tahun nie aaron dapat sambut birthday. dari dulu aaron x pernah sambut birthday dengan family. tahun nie kakak belikan kek. walaupun tahun ni tak dapat sambut dengan mak ayah tapi aaron rasa bahagia sangat. selama ni tak dapat prihatin dari family ni accident kaki cam lak dapat kek. adakah ni yg selalu org cakap semua yg berlaku ada hikmahnya. x pe tahun depan aaron nak sambut dengan mak bapak lak. huhuhuhuu....

kali ni aaron pilih kek perisa cappucino. sedap gak. hehehee..... habis kek tu. seorang dapat sepotong je. yalah ramai kat umah nie. aaron, kakak n anaknya 6 org. seorang sepotong habislah jadinya. xpe yg penting happy.

ada rezeki tahun depan kita buat lagi. semalam dapat banyak wish dari kengkawan facebook. thanks ya kengkawan. dan juga dapat ucapan happy birthday dari kawan2 kilang n luar tu. dah lama x jumpa dia org. sabar ya kengkawan nanti dah sembuh kita jumpa ya.

Thursday, April 8, 2010

Laki-laki Sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?
Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia

menjalankan apa yang ia baca...

Monday, April 5, 2010

Lelaki bergaya

Lord's Tailor membantu mereka tampil hebat di ABPBH2009

CETUSAN Warna yang menjadi tema Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, yang berlangsung dengan meriahnya malam tadi di Arena of Stars, Genting Highlands, benar-benar terserlah.

Penampilan begitu ramai bintang yang memeriahkan acara dalam busana pelbagai rona, memperlihatkan betapa tema itu diikuti dengan penuh bergaya.

Beberapa hari sebelum malam anugerah berlangsung, sembilan artis lelaki popular masa kini, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Que Haidar, Fizz Fairuz, Gambit Saifullah, Adam, Norman Hakim, Shaheizy Sam dan Kamal Adli terlebih dulu hadir pada sesi mencuba pakaian, di butik Lord’s Tailor, Bangsar.

Penampilan hebat mereka pada acara cukup berprestij itu mendapat sentuhan jenama pakaian lelaki terkemuka terbabit, yang sudah pun bekerjasama dengan ABPBH sejak beberapa tahun lalu.

Apabila selebriti lelaki ini tampil penuh bergaya, mungkin ramai peminat tertanya, sejauh mana sebenarnya mereka mengikuti perkembangan fesyen yang selalunya dimonopoli golongan Hawa.

Namun usah terkejut jika ada antara pelakon dan penyanyi ini yang mengaku cukup sukakan fesyen, kerana ia sebahagian daripada dunia hiburan.

Shaheizy Sam yang masih lagi hangat dek sambutan hebat diberikan peminat kepada filem lakonannya, Adnan Sempit, memberitahu dia tidaklah begitu taksub dengan fesyen.

Bagaimanapun, seboleh-bolehnya pelakon ini cuba mengikuti perkembangan terkini dunia busana agar penampilannya juga tidak menjadi bahan kutukan.

"Secara dasarnya saya menggemari fesyen yang sedikit funky, tetapi bergaya. Rekaan daripada Dolce and Gabbana dan Gucci umpamanya, sedikit sebanyak menjadi ikutan saya.

"Saya juga selalu perhatikan, apakah rekaan terbaru yang berada di pasaran dan daripada koleksi terbabit, pandai-pandailah kita menyesuai padan pakaian berkenaan," kata Sam yang kini sibuk menjalani penggambaran Adnan Sempit versi drama bersiri, untuk tayangan Astro.

Mengenai tema Cetusan Warna yang digayakan pada malam anugerah, semalam, Sam mengaku pada mulanya dia berasa agak sukar untuk membayangkan bagaimanakah penampilannya dalam tema berkenaan.

"Sebenarnya, ia banyak bergantung kepada cara kita menggayakan warna terbabit. Seseorang yang memakai pakaian berwarna perlu mempunyai keyakinan, bagi menyerlahkan lagi gayanya," ujar pelakon berbakat ini yang kurang menggemari warna kusam.

Kekok bercerita soal fesyen

Aaron Aziz yang kini meletup di pawagam bersama filem Evolusi KL Drift 2 pula berkata, fesyen dengan dirinya umpama nasi lemak dan arrabiata, dua jenis makanan yang tidak mungkin dapat dicampurkan bersama.

"Saya memang agak teruk apabila bercerita mengenai fesyen. Justeru, saya mengambil jalan mudah dengan memilih warna yang saya rasa selesa saja. Selalunya, saya memakai pakaian berwarna biru, putih dan hitam.

"Ketika saya mula-mula dimaklumkan mengenai tema pakaian untuk ABPBH 2009, saya jadi agak terperanjat. Nasib baiklah saya mendapat kerjasama daripada Lord’s Tailor yang seakan sudah mengerti cita rasa saya.

Lalu, terhasillah jaket ini yang begitu selesa dipakai dan warnanya pula kena dengan kulit saya," katanya.

Aaron berkata, dia tentunya perlu belajar lebih banyak perihal gaya, dan acara anugerah seperti ABPBH ialah antara detik terbaik untuknya mendalami ilmu dalam bidang berkenaan.

Pelakon yang baru saja menamatkan kontraknya bersama Astro ini turut memberitahu, jika tidak kerana isterinya, Diyana Halik, sudah tentu penampilannya akan lebih ‘lintang-pukang’.

Mengenai perkembangan terkini kariernya pula, bintang kelahiran Singapura yang menunggu kelahiran anak ketiga pada hujung Mei ini berkata, dia baru saja menamatkan penggambaran siri Santau Keramat untuk Astro. Bermula 6 April, dia turun pula ke lokasi siri 26 episod berjudul Habil dan Qabil, untuk slot Samarinda TV3.

Seperti Aaron, pelakon Fizz Fairuz juga mendakwa dirinya tidak begitu akrab dengan fesyen.

"Saya seorang lelaki yang suka bergaya sederhana. Begitupun, jika ada sesuatu acara yang menggunakan tema, sayalah orang pertama yang akan mengikuti tema diberikan. Dari segi gaya pula, kakak saya, Zurina Zainal Abidin, yang banyak memberikan pandangan," ujar Fizz yang bergegas ke lokasi penggambaran siri seram, Roh, terbitan Js Pictures.

Berlakon bersama-samanya dalam siri arahan Jinggo itu ialah Sheila Rusly, Rozie Rashid dan Zamarul Hisham.

Kata Fizz, sewaktu dia mengetahui ABPBH menggunakan tema Cetusan Warna, terbayang di kepalanya segala warna pelangi dan fesyen dari zaman 60-an.

"Ketika pereka dari Lord’s Tailor, Kenny Loh, menunjukkan fabrik yang bakal digunakan untuk jaket saya, terkejut juga saya dibuatnya. Saya tidak pernah mengenakan jaket bercorak kotak-kotak berasaskan warna hijau sebegini. Tetapi, apabila ia sudah disiapkan, saya memang tertarik dengan gayanya. Ia kelihatan begitu cantik," kata Fizz yang mementingkan keselesaan dalam bergaya.

Siti Nurhaliza paling popular

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi. Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana, Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004. Beliau juga mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila. Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2009 di Arena of Stars, di sini bertemakan Cetusan Warna dengan dihadiri hampir 5,000 penonton. Hadir sama Pengerusi NSTP, Tan Sri Jawhar Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk Khadijah Ibrahim sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara tanah air selama 30 tahun. Sementara itu, Nabil yang meraih gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH musim lalu mengekalkan kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Namun, Mawi yang pernah tiga kali menang Bintang Paling Popular gagal mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular yang diraihnya sejak ABPBH 2005 yang kali ini disandang Aizat dengan mengetepikan tiga calon lain iaitu Faizal Tahir, Akim dan Adam. Aktor Que Haidar buat kali kedua memenangi Pelakon Filem Lelaki Popular, menewaskan Farid Kamil, Afdlin Shauki, Aaron Aziz dan Zul Huzaimy. Liyana Jasmay pula buat pertama kali meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular yang pada musim lalu dimenangi Maya Karin. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi bintang utama drama bersiri Nur Kasih iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Remy yang menang tipis dengan pesaing terdekatnya, Fizz Fairuz turut mengetepikan Aaron, Fahrin Ahmad dan Fizo Omar. Tiz Zaqyah pula mengalahkan Scha Alyahya, Noorkhiriah, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha. Kumpulan muzik Bunkface dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular. Juara program Mentor musim ketiga, Black menang Artis Baru Lelaki Popular, manakala penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya, Yuna meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali kedua mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular. Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Pengacara terkenal, Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kelapan. ABPBH 2009 ialah edisi ke-23 anjuran Berita Harian iaitu acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Sunday, April 4, 2010

Akademi Fantasia



Akademi Fantasia fanatics have to wait no longer about who is the principal. The puzzle is no more, as it is official that Norman KRU will be the Principal for the Akademi Fantasia 8. MAK believe that Norman will do well in his new assignment. Despite of that, there is another surprise of who will host the AF8. Yes, AF8 will be hosted by a couple, instead of a single host like previous AF, and the couple choosen are Sarimah & Jimmy Shanley. Both of them will conduct the Live Concert on Saturday. In additional, Jimmy will host Diari AF8 and Sarimah will host Debaran AF8.

New format will be revealed, with the dismissal will only be the next day, which is Sunday during the Debaran AF8. This will enable fans to have more time to vote their beloved contestant(s).

New teacher will be introduced, Que Haidar as the Drama Coach.